Pertubuhan Kebajikan Baitus Sakinah Hidayah

Pertubuhan Kebajikan Baitus Sakinah Hidayah, (PPM-016-10-17042014) adalah sebuah pertubuhan dan juga badan bukan kerajaan (NGO) yang diluluskan pendaftarannya pada 17 April 2014 yang bermatlamat menaungi dan membela kebajikan dan pendidikan kepada anak-anak yang terdiri daripada golongan anak yatim, fakir miskin dan golongan yang layak menerima zakat (asnaf zakat) berumur antara 7 – 18 tahun seramai 36 orang. Di bawah pertubuhan ini terdapatnya dua buah asrama Pusat Jagaan Baitus Sakinah Hidayah. 5 Staff bertugas sebagai sukarelawan di sini.