Category Archives: Berita Terkini

Jualan Amal Biskut Raya 2017

Baitus Sakinah mengambil initiatif menjalankan Jualan Amal Biskut Raya 2017, bagi menampung dana harian di Asrama Baitus Sakinah, Kota Warisan

Assalam..kami dari rumah amal baitus sakinah hidayah ingin membuka tawaran kpd sesiapa yg ingin membeli sambil beramal..kami menawarkan biskut raya sprti : almond london, semperit, coklat chip, dahlia, tart nenas, sugi, cornflake madu, cheese tart dsbnya dgn harga kasih sayang..blh hubungi utk lebih lanjut..terima kasih…

Untuk Tempahan, sila hubungi:
En Hakim Arif : +6013-242 9116

Sambutan ramadhan bersama JKP MPSJ ZON 18 dan Kelab Kebajikan Anak Borneo Selangor

Undangan dari Kelab Kebajikan Anak Borneo Selangor

Tarikh : 25 Mei 2017,  jam 8 malam.

Bertempat di Di Bandar Kinrara,Puchong.

Majlis sambutan ramadhan anjuran JKP MPSJ ZON 18 & Kelab Kebajikan Anak Borneo Selangor pada 25 mei 2017 jam 8 mlm.
Bermula dengan bacaan tahlil dan doa kesyukuran.

Seterusnya majlis perasmian oleh wakil JKP dan disusuli dgn penyampaian hadiah dn cenderamata kpd ahli2 kelab dan juga kpd anak2 yg di raikan dari pertubuhan kebajikan baitus sakinah hidayah,sepang.

Seterusnya jamuan mkn bersama2 dan diakhiri dgn majlis bergambar bersama ahli majlis, para staf dan anak2 BSH.

Carian dari Google :

  • contoh text emcee majlis berbuka puasa bersama anak yatim

Sumbangan Berbuka Puasa dan Sahur

TAJAAN SUMBANGAN BERBUKA PUASA di Baitus Sakinah

Pihak kami sangat mengalu-alukan sebarang tajaan dan sumbangan untuk berbuka puasa kpd anak2 jagaan Baitus Sakinah seramai 20 dan 4 orang penjaga.

Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha luas, Maha Mengetahui. (Surah Al Baqarah, 2: 261)

Pertubuhan Kebajikan Baitus Sakinah Hidayah ingin mempelawa pihak tuan/puan yang budiman untuk turut sama merebut peluang kebajikan dalam menyumbang makanan atau tajaan makanan berbuka puasa di Bulan Ramadhan.

Sumbangan dan bentuk makanan siap, bahan mentah atau sumbangan wang tunai sangat dialu-alukan.

Sebarang pertanyaan,

Sila hubungi Ust Mohd Miqdam (018-3717948)

Hebahan Program Bersama Baitus Sakinah

Pertubuhan Kebajikan Baitus Sakinah Hidayah

Pertubuhan Kebajikan Baitus Sakinah Hidayah, (PPM-016-10-17042014) adalah sebuah pertubuhan dan juga badan bukan kerajaan (NGO) yang diluluskan pendaftarannya pada 17 April 2014 yang bermatlamat menaungi dan membela kebajikan dan pendidikan kepada anak-anak yang terdiri daripada golongan anak yatim, fakir miskin dan golongan yang layak menerima zakat (asnaf zakat) berumur antara 7 – 18 tahun seramai 20 orang. Di bawah pertubuhan ini terdapatnya dua buah asrama Pusat Jagaan Baitus Sakinah Hidayah.

Asrama Pusat Jagaan Baitus Sakinah Hidayah adalah sebuah pusat jagaan berasrama. Di atas rasa keperihatinan untuk membela golongan asnaf disudut pendidikan dan kebajikan maka, pihak kami memulakan operasi dengan pendaftaran baharu pada bulan Oktober 2013 dengan menyewa 2 buah rumah teres 2 tingkat di Kota Warisan yang beralamat Kota Warisan, Sepang (lelaki) dan di Taman Bunga Raya (Perempuan).

Alamat :

No 111, Jalan Warisan Indah 8/6, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor.
https://goo.gl/maps/9S6aahu9JYU2
Tel : 018-3717948 (Ust Mohd Miqdam)

 

Untuk info lanjut, boleh layari laman web BARU kami di:

http://www.baitussakinah.org.my

http://www.baitussakinah.org.my

 

PELUANG MASYARAKAT

Baitus Sakinah Hidayah adalah satu program kemasyarakatan yang dianjurkan bertujuan membela anak-anak yang kurang bernasib baik dalam mesyuarat setempat melalui penglibatan seluruh ahli masyarakat yang prihatin.

Justeru kami mengajak dan mengalu-alukan sebarang bentuk sokongan mahupun sumbangan dalam apa jua bentuk demi menjayakan misi membela golongan ini. Anda adalah dipelawa untuk datang sendiri ke pusat kami bagi melihat dan menilai apakah bentuk sumbangan yang difikirkan perlu.

Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan melalui:

PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUS SAKINAH HIDAYAH

BANK RAKYAT : 11-103-100024-4

Mudah-mudahan segala sumbangan Tuan/puan akan mendapat nilaian di sisi Allah sebagai amal jariah dan penebusan dosa – insyaallah

 

“ Apabila mati seorang anak Adam maka terputuslah segala amalnnya kecuali 3 perkara :

  • Sedekah jariah
  • Ilmu yang manfaat
  • Doa anak yang soleh ”

–Maksud Hadis–

Hubungi Penjaga Rumah Amal Baitus Sakinah
Tel : 018-3717948 (Ust Mohd Miqdam)

 

Baitus sakinah,
Rumah Amal Baitus Sakinah di Kota Warisan,
Pertubuhan Baitus Sakinah,
baitus sakinah kota warisan,
baitus sakinah sepang,
baitus sakinah hidayah,
pusat jagaan baitus sakinah,
Baitus sakinah di kota warisan,
rumah amal di kota warisan,
rumah anak yatim baitus sakinah kota warisan,
Rumah anak yatim kota warisan,
rumah anak yatim kota warisan,
baitus sakinah sepang,
Anak yatim di kota warisan,
Rumah baitus sakinah,
rumah anak yatim baitus sakinah,
rumah amal di kota warisan,
rumah amal baitus sakinah di kota warisan,
rumah amal baitus sakinah,
pusat jagaan baitus sakinah,
Program Ramadhan di baitus sakinah,
Jualan amal baitus sakinah,
Bantuan amal untuk baitus sakinah,
baitus sakinah kota warisan,
Asrama anak yatim kota warisan,
Asrama anak yatim di sepang,
Asnaf zakat di kota warisan baitus sakinah,
Rumah kebajikan baitus sakinah

Lawatan Kelab Penyayang UniMy

On 23th August 2015,  Kelab Penyayang UniMy (KPU) had organized a mahabbah trip to Rumah Anak Yatim Baitus Sakinah Al-Hidayah at Kota Warisan, Sepang to mark the official collaboration between the two parties. For the first time, 12 high spirit-volunteers from UniMy with the club advisor, visited the home and were happily welcomed by the children and their staff.

Upon our arrival at the orphanage home, we received overwhelming response as the children ran to us and held our hands. The children at BHS came from various less-fortunate family background and aged between 7 to 12 years old with the ratio of 14 boys and 10 girls. The program started with doa recital by Muhd Akmal, followed by a few words from KPU President, Mohd Amin Shafiee. Then, an speech introduction to the home was given by the President of Rumah Anak Yatim Baitus Sakinah Al-Hidayah (BHS), Puan Suhana. We had enjoyable ice-breaking session and fun telematch with the energetic children.

http://www.unimy.edu.my/news.cfm?id=99&tn=1

Doa Murah Rezeki

Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki.

Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.

Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.

Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?

Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.

Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah.

Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.

HADIAH DIBULAN RAMADHAN

? HADIAH DIBULAN RAMADHAN

Dengan rahmat Tuhan, Ramadhan tiba lagi. Ramadhan membawa hadiah-hadiah yang terlalu banyaknya, mahal & besar-besar dari Tuhan.

Hadiah buat orang bertaqwa, bukan untuk orang Islam. Lebih-lebih lagi bukan untuk orang yang zalim & fasiq.

Hadiah dari Tuhan yang bermacam-macam, diletakkan di dalam batil-batil dari bahan-bahan yang mahal.

Di antara hadiah-hadiah itu ialah :
▫hadiah keampunan Tuhan, hadiah terbesar buat orang yang bertaqwa.
▫hadiah keredhaan-Nya juga mahal.
▫kasih sayang-Nya yang sangat diperlukan.
▫rahmat-Nya.
▫berkat dari-Nya dunia Akhirat.
▫diberi-Nya pahala berganda-ganda.
▫hadiah lailatul qadar diberi ganjaran seribu tahun beribadah.
▫akhirnya Syurga Tuhan yang kekal abadi.

Kedatangan Ramadhan yang sebenarnya bertukar-tukar hadiah, di antara hamba-hamba dengan Tuhan. Hadiah di antara dua pihak bukan satu pihak sahaja.

Hadiah dari Tuhan adalah mahal nisbah hamba. Hadiah dari hamba adalah mahal juga untuk Tuhan.

Siapa yang dapat menghadiahkan sesuatu yang mahal kepada Tuhan, maka dapatlah hadiah dari Tuhan yang juga sangat mahalnya.

Rupanya ketibaan Ramadhan pun bertukar-tukar hadiah di antara hamba dengan Tuhan. Tidak semua hadiah hamba dibalas hadiah oleh Tuhan.

Hadiah-hadiah yang mahal dari hamba sahaja yang balas hadiah oleh Tuhan, seperti yang akan disebutkan.

Wadah-wadah orang yang bertaqwa yang hendak diisi dengan hadiah-hadiah tadi ada pulangannya.

Wadah-wadah itu banyak pula di antaranya :
▫Ada wadah puasa yang diisi dengan keinsafan, timbang rasa, kesabaran, rasa hamba Rasa lemah, lembut hati, lapang dada, bertolak ansur.
▫Wadah sembahyang diisi dengan hadiah-hadiah rasa kehambaan, rasa dilihat, rasa hina, rasa rendah diri, lembut hati, rasa harap, malu, rasa kerdil, tawadhuk, khusyuk, gementar, takut, taubat, menyesal, takut dengan dosa di masa depan.
▫ Wadah membaca Al Quran diisi dengan dapat ilmu, pengajaran, keinsafan, terasa kebesaran Tuhan, terasa rahmat dan kasih sayang-Nya kepada insan, hati tenang, bertambah takut dengan Tuhan dengki hilang.
▫Wadah zikir seperti tasbih, tahmid, takbir diisikan dengan mensucikan Tuhan, memuji Tuhan, membesarkan Tuhan, tawakkal, penyerahan diri kepada Tuhan, baik sangka
▫Membesarkan Akhirat, mudah dengan dunia, dunia tidak menyusahkan hatinya.
▫Tenang dengan dunia, gelisah dengan Akhirat.

Jika setiap wadah-wadah tadi dapat diisi dengan rasa-rasa yang telah disebutkan tadi, orang bertaqwa sungguh dapat manghayati Ramadhan dengan akal fikiran, hati & jiwa raganya.

Roh Ramadhan menjadi roh kepada hatinya dan jiwanya. Roh di atas roh, jiwa di atas jiwa. Rohnya bercahaya dengan cahaya Ramadhan. Itulah orang bertaqwa.

Orang bertaqwa sahaja yang pasti dapat hadiah yang besar. Kerana orang bertaqwa itu dapat membawa hadiah pula untuk Tuhan.

Hadiah-menghadiah bertukar-tukar hadiah di antara hamba dengan Tuhan. Sesiapa yang tidak dapat memberi hadiah di bulan Ramadhan kepada Tuhan seperti yang telah dinyatakan, dia tidak akan dapat hadiah dari Tuhan.

Sesiapa yang tidak dapat hadiah dari Tuhan sia-sia sahaja Ramadhan, dia tidak dapat apa-apa kecuali dahaga, kelaparan, kehausan & keletihan.

Cuba kita fikirkan Ramadhan yang telah lama kita lalui, adakah kita membawa hadiah-hadiah yang berharga kepada Tuhan?

Kita tentu dapat mengagak nilai hadiah yang kita anugerahkan kepada Tuhan setiap Ramadhan bukan?

Apakah hadiah hadiah kita itu Tuhan balas dengan hadiah yang telah disebutkan? Semua soalan-soalan itu setiap orang boleh memberi jawapan, berdasarkan ilmu pengetahuan seperti yang digambarkan.

Sungguh susah hendak dapat hadiah dari Tuhan di bulan Ramadhan, kerana bulan Ramadhan kita jadikan pesta minum & makan. Pesta borak-borak & bualan-bualan selepas sembahyang sebelum pulang.

Bukan pesta mencapai hati dan jiwa takut dan cintakan Tuhan. Bulan Ramadhan sebenarnya adalah pesta rohaniah, pesta hati & jiwa.

Ramadhan bukan pesta lahiriah atau pesta syariat rohnya tidak ada.